

Nama pengasas jenama baju melayu terkenal, Elrah Exclusive iaitu El Azman kembali hangat apabila dia didakwa telah menciplak ‘design’ kain samping yang telah dikeluarkan oleh jenama pakaian milik suami pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman iaitu Emran Rijal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah ‘Berebut’ Kekasih, Aeril Zafrel & El Azman Berdamai Selepas 15 Tahun Berselisih Faham – ‘Wanita Itu Seorang Pelakon’
Reka bentuk warisan turun-temurun

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Tyra mendakwa reka bentuk samping yang dikeluarkan itu merupakan hasil tangan turun temurun suaminya sejak dari tahun 1890.
Bukan itu sahaja, Tyra turut berkongsi satu gambar memaparkan sijil pengesahan mengenai reka bentuk samping tersebut di bawah Akta Hak Cipta 1987 kepunyaan keluarga Emran.
‘Design’ samping ini adalah peninggalan nenek moyang Emran yang diturunkan kepada keturunannya sejak dari tahun 1890.
‘Design’ ini juga adalah ‘trademark’ bagi keluarga Emran kerana ia merupakan warisan turun-temurun.
Tapi sayang, ia telah diplagiat dan yang paling menyedihkan ialah mereka (Elrah) menciplak ‘design’ ini 100 peratus termasuklah penggunaan warna pada samping.
Dah mesej tapi banyak alasan?

Sementara itu, Tyra mendedahkan bahawa suami sudah pun menghantar mesej kepada El Azman berhubung isu tersebut.
Walau bagaimanapun, pelbagai alasan diberikan El Azman seakan mahu lari dari berjumpa Emran.
Emran dah berhubung dengan pemilik (Elrah) tetapi dia memberikan pelbagai alasan untuk berjumpa.
Sudah berbulan lamanya mereka berhubung namun pemilik tersebut memaklumkan tidak mempunyai masa untuk berjumpa (tetapi ada masa untuk bekerjasama bersama beberapa artis).
Sebagai bukti, Emran juga memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran mesej yang dihantarnya kepada El Azman menerusi IG.
Posting Threads Emran

Sumber: Threads Emran Rijal








