Penampilan jaguh Muay Thai terkenal, Rodtang Jitmuangnon yang menggayakan baju Melayu Elrah Exclusive pada sesi ‘Face-Off’ bagi acara ONE 172 baru-baru ini, telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Miliki 10 Juta Pengikut Indonesia, Mahu Guna Pengaruh Untuk Promosi Baju Melayu Di Negara Seberang

Artikel Berkaitan: El Azman Terkejut Wanita Mengaku Adik Tipu Orang Ramai, Guna Modus Operandi Konon Cari Duta & Model – ‘Mangsa Dia Budak SPM’

Rodtang sarung Elrah

Menerusi perkongsian di laman sosial One Championship, Rodtang meluahkan rasa teruja dapat menyarung busana yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu.

Ini merupakan bulan Ramadan, jadi saya menyarung baju Melayu Elrah untuk mewakili orang Muslim.

Sementara itu, Pengasas Elrah Exclusive, El Azman berbangga apabila baju Melayu jenamanya disarung oleh jaguh Muay Thai terkenal sekali gus mendapat perhatian di mata dunia.

Seorang juara dunia mengenakan baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan dan identiti yang dijulang.

Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?

Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami Elrah Exclusive dan Elrah Worldwide .

Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita.

Hitam lambang keberanian

Tambah El Azman atau nama sebenar Muhd Hilmi Che Azman, pemilihan busana berona hitam yang dipadankan dengan samping sulam serta songkok telah menyerlahkan lagi kegagahan Rodtang.

Warna hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol dengan makna yang mendalam. Warna ini sering dikaitkan dengan kekuatan, keberanian, keanggunan, serta misteri.

Namun, di sebalik kemegahannya, hitam juga dapat mewakili kesedihan, kesunyian, dan ketegasan.

Dari sudut psikologi, warna hitam memberi rasa kekuatan, keberanian, dan keyakinan, tetapi pada masa yang sama juga dapat menimbulkan perasaan terisolasi, kesepian, dan keseriusan.

Warna ini sering dikaitkan dengan otoritas dan ketegasan, menjadikannya pilihan utama dalam dunia fesyen, bisnis, dan branding eksklusif”.

Terpalinggg Mendonia 2025!

@elrahworldwide goodluck champs @Tawanchay @ONE Championship JAPAN @elrahworldwide #elrahexclusive #elrahexclusivethailand #elrahexclusiveindonesia #elrah2025 #fyp ? original sound – PHONK? – DEM MUSIC?

Kejayaan Elrah Exclusive kini mencapai satu garis yang cukup membanggakan. Jenama lokal yang berdaya saing dan penuh karisma ini mampu membawa produk tempatan ke persada antarabangsa.

Bukan sahaja menembusi pasaran Asia, kini Elrah Exclusive dibawa di pentas sukan dunia yang baru-baru ini dipertemukan di Tokyo.

Elrah Exclusive Terpalinggg Mendonia 2025! Buktinya Elrah telah berjaya berada di pentas dunia paling berprestij dan disebut-sebut di peringkat antarabangsa.

Dengan pemilihan barisan duta yang bukan calang-calang hebatnya, jenama ini terbukti mampu membawa pakaian tradisi melayu ke mata dunia.