berita

Elaine Daly Mohon Presiden Pertubuhan Miss Universe Beri Penjelasan Isu Salah Umum Pemenang

December 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

National costume yang diperagakan oleh Ratu cantik Malaysia, Shweta Sekhon ketika Miss Universe 2019 di Atlanta, Amerika Syarikat, ternyata mencuri perhatian ramai apabila dia muncul sebagai pemenang bagi kategori tersebut.

Namun, ada sedikit insiden kurang menyenangkan yang berlaku apabila penganjur acara berkenaan membetulkan kesilapan keputusan tersebut lalu mengisytiharkan ratu Filipina, Gazini Ganados sebagai pemenang national costume dan bukan Malaysia. Pengumuman kesilapan tersebut membuatkan National Director Miss Universe Malaysia iaitu Elaine Daly meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penganjur.

I am extremely disappointed

https://www.instagram.com/p/B52GfdrAIjI/

Menerusi Instagram Elaine Daly, dia meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan penganjur Miss Universe kali ini. Menurutnya, Shweta diminta untuk menukar pakaian national costume kerana dipilih sebagai pemenang bagi kategori tersebut. Namun, semuanya semakin pelik apabila skrin paparan LCD di belakang pentas menunjukkan imej ratu Filipina sebagai pemenang. Bagaimanapun, Shweta membetulkan kesilapan itu dengan memaklumkan negara sebenarnya yang mewakili Malaysia.

Selepas empat jam daripada pengumuman tersebut, Elaine mendapati bahawa pihak penganjur telah memuat naik satu posting di Twitter di mana mereka mengumumkan ratu Filipina sebagai pemenang. Terkejut dengan posting berkenaan, Elaine segera mendapatkan penjelasan daripada Presiden Pertubuhan Miss Universe iaitu Paula. Menurut Paula, undian ratu Filipina lebih tinggi daripada Malaysia dan pemilihan Malaysia sebagai pemenang pada awalnya berdasarkan kegemaran para pekerja di belakang pentas.

Walau bagaimanapun, Elaine memberitahu bahawa penganjur sepatutnya menjelaskan hal berkenaan ketika rancangan itu sedang live. Pada masa yang sama, Elaine berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan buat Shweta dan mengucapkan tahniah buat gadis itu.

No words can ever describe

https://www.instagram.com/p/B52fCnolX8n/

Menerusi Instagram Shweta Sekhon, dia memberitahu bahawa tiada kata-kata yang boleh menggambarkan betapa dirinya berterima kasih kepada Tuhan untuk perjalanannya sepanjang menyertai Miss Universe tahun ini. Menurutnya, dia sangat teruja berjumpa dengan pelbagai gadis dan wajah baru yang boleh dijadikan rakan ketika menyertai pertandingan tersebut.

Mengenai pertanyaan soalan dan penjelasan mengenai national costume, Shweta memberitahu bahawa sepanjang hari berkenaan, kru yang terlibat sibuk mencari bajunya dan melakukan persiapan kerana dia diberitahu bakal memasuki pusingan itu. Namun, dia tidak menyangka bahawa keputusan tersebut tidak benar. Walau bagaimanapun, dia menganggap bahawa setiap gadis yang bertanding adalah pemenang dan dia berharap kesemua rakyat Malaysia terus memberikan sokongan buat dirinya.

Proud of you

Rata-rata rakan artis, pereka fesyen dan model memberikan ucapan tahniah buat Shweta dan meluahkan perasaan bangga mereka. Menurut mereka, Shweta telah melakukan yang terbaik namun rezeki bukan miliknya dan negara pada kali ini.

Sumber: Elaine Daly & Shweta Sekhon

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×