
Penipuan atas talian atau dikenali sebagai ‘scam’ kini menjadi antara jenayah kewangan paling kerap dilaporkan, dengan taktik yang semakin kompleks dan sukar dikesan.
Artikel Berkaitan: Mazleen Jawab Dakwaan ‘Scammer’, – Tak Adil Hukum Tanpa Tahu Cerita Sebenar’
Artikel Berkaitan: Scammer & Buli Siber Berleluasa: Wajar Ke Kerajaan Intai Data Kita?
Bezakan taktik

Penjenayah siber, atau dikenali sebagai ‘scammer’, menggunakan teknik manipulasi psikologi, identiti palsu dan laman web tiruan untuk memerangkap mangsa.
Oleh itu, pengguna perlu lebih peka terhadap tanda-tanda awal penipuan serta mengambil langkah pencegahan asas bagi mengelakkan kerugian.
Antara langkah yang boleh diambil pertama sekali ialah, kenal pasti jenis modus operandi yang sering digunakan penjenayah siber. Dengan memahami bentuk-bentuk penipuan ini, pengguna dapat membezakan taktik yang digunakan.
Salah satu contoh penipuan ialah ‘phishing’, iaitu melalui hantaran emel atau mesej dipalsukan supaya kelihatan sah dengan tujuan mencuri maklumat peribadi.
Selain itu, terdapat juga penipuan cinta (romance scams), di mana penipu menyamar sebagai pasangan romantik untuk memperdaya mangsa bagi mendapatkan wang.
Bentuk penipuan lain ialah pelaburan, di mana penjenayah mempromosikan peluang yang kelihatan menguntungkan tetapi sebenarnya direka untuk menipu mangsa.
Bentuk penipuan yang terakhir ialah jualan dalam talian, di mana pembeli ditipu membeli barangan yang tidak wujud atau tidak seperti yang diiklankan.
Langkah kedua bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan ialah sentiasa berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, akaun bank, atau kata laluan melalui telefon, emel atau laman web yang tidak sah.
Seterusnya, jangan mudah terpedaya dengan panggilan atau mesej yang diterima, dan pastikan kesahihan sumber sebelum memberi sebarang respons.
Sekiranya menerima panggilan atau mesej daripada institusi kewangan, pastikan anda menyemak nombor telefon rasmi melalui laman web sebelum memberi sebarang respon.
Pulangan tinggi, masa singkat?

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, langkah berikutnya adalah sentiasa berwaspada terhadap tawaran yang kelihatan terlalu menguntungkan, terutamanya peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan cepat.
Seterusnya, pastikan laman web yang digunakan untuk transaksi dalam talian selamat dengan memeriksa sama ada URL bermula dengan ‘https’ dan hanya mengakses laman yang dikenali serta dipercayai.
Semak terlebih dahulu rekod dan maklum balas pelanggan untuk memastikan tiada aduan atau laporan berkaitan penipuan terhadap syarikat atau individu tersebut.
Lindungi komputer dan peranti mudah alih anda dengan memasang perisian antivirus dan antispyware terkini, serta aktifkan firewall untuk menghalang sebarang akses yang tidak dibenarkan.
Sentiasa berhati-hati dengan panggilan telefon dan mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Jangan sesekali melakukan sebarang transaksi kewangan.
Di samping itu, tingkatkan kesedaran mengenai penipuan atas talian dengan mengikuti perkembangan berita terkini dan memahami kaedah yang digunakan secara meluas.
Persiapkan diri serta keluarga dengan ilmu pengetahuan tentang risiko dan petanda awal penipuan agar lebih berhati-hati.
Langkah terakihr, segera laporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta maklumkan juga kepada bank atau institusi kewangan sekiranya maklumat akaun anda terlibat.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)