Pempengaruh media sosial, Elcah mendedahkan sudah tidak berhubung dengan rakan baiknya iaitu penyanyi, Syada Amzah.

Artikel Berkaitan: Elcah Gesa Syada Amzah Henti Sebar Fitnah, Tidak Teragak Mahu Saman – ‘Nama Keluarga Aku Calar Sebab Perbuatan Kau’

Artikel Berkaitan: Elcah Nafi Syada Amzah Punca Rumah Tangga Retak – ‘Jangan Salah Faham, Dia Cuma Nak Tolong Kami’

‘Dia kenal saya lebih lama’

Ketika ditemui OhBulan!, Elcah atau Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, menjelaskan bahawa hubungan mereka mula renggang selepas berlaku salah faham membabitkan orang ketiga.

Sebenarnya apa yang berlaku antara saya dan ‘best friend’ (Syada) saya tu, ada salah faham kerana dua-dua pihak ini adalah kawan dia tetapi dia kenal saya lebih lama. 

Bila saya bercerita dengan dia, tapi dia berpihak kepada kawan dia yang lagi satu tu (orang ketiga).

Lebih mengejutkan, Elcah mendakwa Syada turut mempengaruhinya untuk mengambil keputusan bercerai ekoran kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama suami.

Saya macam terasalah, dia kata nak bagi saya bukti (kecurangan suami) tetapi dia nak saya selesaikan masalah rumah tangga dengan cara bercerai.

Elcah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Dewi Remaja 2025 yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara pada Rabu. 

‘Saya agak tertekan’

Dalam pada itu, Elcah mengakui kejadian itu sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan mentalnya sehingga dia terpaksa menerima rawatan di hospital.

Saya diwadkan selama tiga hari. Saya agak tertekan sewaktu kontroversi ni berlaku pada waktu itu.’

Doktor kata ada masalah di kepala saya.

Ujar Elcah, kontroversi tersebut turut memberi impak besar terhadap kerjaya sehingga dia terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit apabila urusan kerja terpaksa dibatalkan.

Disebabkan kontroversi ini terbabit dengan nama-nama besar, tidak dinafikan kerja-kerja saya terganggu dan terpaksa batalkan komitmen job yang saya ada. 

Kalau ikutkan job dengan kawan-kawan pun terjejas kerana mereka ingatkan saya ini pembawa masalah tetapi sebenarnya tak ada isu pun. 

Anggaran kerugian yang saya tanggung dalam sekitar puluhan ribu ringgit juga. Tak mengapalah saya tak mahu besarkan cerita ini cuma saya harap kawan-kawan saya tahu cerita sebenar dan kami boleh bekerjasama lagi selepas ini.

Elcah lebih berhati-hati

Susulan kontroversi yang melanda, Elcah kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada mana-mana individu yang memberi kesan negatif terhadap kehidupannya.

Setakat ini saya memang tidak mahu berkawan dengan mana-mana pihak yang boleh memberi impak dalam kehidupan saya. 

Saya memang cut off dan tidak menghubungi mereka lagi. Bila dah menginjak usia 30 tahun ini, sekarang saya baru dapat melihat luar dalam sahabat saya itu. 

Apa yang saya boleh nasihatkan, seberapa lama pun anda berkawan paling penting adalah percaya kepada keluarga sendiri. 

Sebelum ini, suami kepada Elcah iaitu Afi Hamri atau Hafizuddin Hamri mendakwa Syada menghasut isterinya untuk bercerai selepas Afi didakwa berlaku curang. 

Elcah bagaimanapun mempertahnkan sahabat baiknya itu dan memberitahu Syada tidak terkait dalam masalah rumah tangga mereka sebaliknya menjadi orang tengah dalam pergaduhan bersama individu digelar sebagai SA. 

Pada Ogos lalu, Elcah hilang sabar dan memberi amaran terakhir kepada Syada yang dikatakan membuat panggilan kepda rakan-rakannya untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarganya.