Pempengaruh media sosial, Elcah tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan penyanyi Syada Amzah sebagai punca keretakan rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh – ‘Kau Ajar Bini Aku Menipu’

Artikel Berkaitan: Selepas Suami Elcah Dakwa Jadi Perosak Rumah Tangga, Syada Azmah ‘Limit’ Komen Di Instagram

‘Saya nak clearkan nama Syada Amzah’

Dalam satu di Instagram Story, Elcah atau nama lengkapnya Aien Hasha menafikan tuduhan yang dilemparkan suaminya, Afi Hamri terhadap rakan baiknya itu.

Menurut Elcah, terdapat kekeliruan dan salah faham yang menuduh Syada menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangganya.

Dekat sini saya nak bersihkan nama kawan baik saya Syada Amzah, saya rasa mungkin ada salah faham disini. 

Saya disini mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah salah faham.

‘Saya baik baik sahaja dengan syada dan keluarga’

Jelas Elcah lagi, Syada sebenarnya bertindak sebagai orang tengah yang cuba membantu menyelesaikan konflik antara dirinya dan suami, bukannya menjadi punca masalah. 

Mungkin sebab syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan. 

SA adalah di polan bukan Syada Amzah jadi dan saya rasa ramai pun tahu syada is trying to help both of us tapi ada beberapa pihak salah faham.

Elcah turut memohon maaf kepada Syada serta keluarganya atas kekeliruan yang timbul dan menegaskan hubungan persahabatan mereka masih utuh seperti biasa.

Saya baik baik sahaja dengan Syada dan keluarga. Kami dah kawan hampir separuh umur kami seperti adik beradik. 

Terima kasih semua jangan babitkan syada mahukan keluarga dia.

Terdahulu, suami kepada pempengaruh, Elcah iaitu Afi mendakwa Syada cuba memporak-perandakan rumah tangga mereka.

Dalam satu hantaran, Afi mendakwa penyanyi itu menghasut isterinya untuk menipu selain pernah mengajak Elcah ke pusat hiburan.

Sebelum ini, Elcah membuat pendedahan mengenai rumah tangganya yang sedang bergolak, malah pempengaruh itu mendakwa suaminya itu pernah berlaku curang.

Untuk rekod, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha berkahwin dengan Afi pada Januari 2024 dan ini merupakan perkahwinan ketiganya.

Sumber: Instagram Elcah