
Personaliti media sosial, Elcah tampil membuat permohonan maaf selepas mendakwa Afi Hamri sekali lagi telah berlaku curang dalam perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Elcah Berang, Dedah DM Suami Dengan Wanita Lain – ‘Bini Sendiri Block’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elcah Tutup Buku, Maafkan Suami & Penyondol – ‘Terima Kasih Sebab Sanggup Buat Anak Saya Hidup Huru-Hara’
Mohon maaf
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha, mengakui kesalahannya sebagai seorang isteri.
Di sini saya ingin memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku pagi tadi.
Dengan rendah hati, saya mengakui kelemahan diri sebagai seseorang isteri yang tidak kuat. Disebabkan terlalu emosi, dan saya akui. Akan datang saya akan menjadi lebih baik.
Elcah bertindak sedemikian rentetan timbul kesedaran bahawa perkara tersebut boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan rumah tangga.
Setiap apa yang berlaku mungkin telah beri kesan kepada suami dan kedua-dua belah keluarga.
Lagi sekali di sini saya mohon maaf atas segala yang terjadi. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.
Mohon doa

Dalam masa yang sama, Elcah juga memohon agar para pengikut mendoakan kesejahteraan untuk dirinya.
Saya mohon doa dari semua followers saya agar saya terus menjadi wanita yang lebih kuat, dikurniakan “afiyah” dalam hidup, serta mampu menjadi isteri yang solehah dan taat. InsyaAllah.
Terima kasih kepada semua yang telah DM (direct mesage) nasihat yang baik. Semuanya saya baca dan hargai dengan sepenuh hati. Doakan saya. Semoga Allah membimbing saya ke jalan yang lebih baik.
Terdahulu, Elcah meluahkan rasa kecewa dengan sikap Afi atau nama lengkapnya Hafizzuddin Hamri yang didakwa curang. Elcah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualan suaminya dengan seorang wanita di ruangan DM.
Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Afi pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.
Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Sumber: IG Elcah






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

