Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa bimbang dengan isu-isu jenayah yang melibatkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Malas, Lemah & Marah’ – Elfira Loy Takut Penyakit Ain

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Diganggu Bunian Selepas Bergambar Dekat Pokok Buluh – ‘Mereka Mahu Jadikan Saya Puteri Mereka’

Semakin risau

Menerusi hantaran di Threads, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, mengakui sukar untuk memilih sekolah yang terbaik untuk anak-anak, tambahan pula apabila banyak berlakunya kes jenayah.

Memilih sekolah untuk anak-anak pun dah cukup tertekan, terutama bila anak nak masuk Tahun Satu.

Lepastu keluar pula berita macam ini, sejujurnya memang makin risau.

Menurut dakwaan Elfira, anak sulungnya sebelum ini pernah cedera pada bahagian hidung ketika berada di sekolah.

Justeru, perkara tersebut menambahkan lagi rasa kegusaran Elfira sebagai seorang ibu.

Dekat tadika pun dah ada gaduh-gaduh kasar sampai hidung Rayyan berdarah, macam mana nanti dekat sekolah yang lebih besar?

Geram betul.

Saya cuma harap keadaan akan jadi lebih baik dan anak-anak kita selamat. Itu saja yang kita mahukan sebagai ibu bapa.

Komen netizen

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang turut mempunyai perasaan sama seperti Elfira berikutan risau dengan peningkatan kes jenayah melibatkan pelajar sekolah.

Dalam masa yang sama, warganet menitip pesanan agar setiap ibu bapa perlu cakna dengan keadaan anak dan ambil tahu tentang apa yang berlaku di sekolah.

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Selangor.

Sebelum itu, di Melaka pula, empat pelajar lelaki didakwa merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir dan bertindak merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sekadar info, Elfira dan suami, Muhammad Farsis Khairul Anuar mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 6, dan Nur Aria Mikayla, 3.

Sumber: Threads Elfira