
Pelakon Rita Rudaini, memaklumkan akan mempertahankan diri di mahkamah pada Oktober ini susulan tindakan undang-undang yang diambil terhadapnya berhubung dakwaan fitnah melibatkan Yang Dipertua Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), MRSM Sungai Besar serta timbalannya.
Artikel Berkaitan: YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini, Dakwa Digelar ‘Prof Kangkung’ & Gila Jawatan
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’
Suara Rita
Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, memaklumkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun Threads miliknya.
Bukan satu perjalanan yang ringan, tetapi mungkin satu titik penting dalam memahami sejauh mana suara ibu bapa benar-benar dihargai dan didengari, berani berdiri apabila ada sesuatu yang tak kena.
Ibu bapa, kita tak ada tempat untuk bersuara dalam mana-mana Whatsapp group tapi mungkin hanya layak di mahkamah.
Menurut Rita, dia cuma berharap agar kebenaran akan diadili dengan sewajarnya, selain suara ibu bapa mendapat lebih perhatian di masa akan datang.
Saya hanya harap kebenaran akan sentiasa mengatasi segala kepentingan.
Semoga satu hari nanti benar-benar wujud komunikasi dua hala, di mana setiap ibu bapa didengari tanpa mengira siapa mereka.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, dia juga mahu kesejahteraan anak-anak turut terjamin.
Bukan mencari kemenangan untuk diri sendiri tetapi mencari keadilan demi kebajikan semua anak-anak.
Selebihnya saya serah pada Allah.
Terdahulu, Rita memfailkan pembelaan terhadap saman daripada Yang Dipertua Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), MRSM Sungai Besar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr Saidah Haris @ Harith.
Tindakan itu adalah susulan kedua-dua individu tersebut memfailkan saman terhadap Rita yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah yang dikongsikan di akaun Instagram, WhatsApp dan di platform media sosial lain.
Kenyataan tersebut didakwa telah menjejaskan reputasi terhadap kedua-dua plaintif berikutan aktres berkenaan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosial miliknya.
Sumber: Threads