
Pelakon Elisya Sandha berkongsi keadaan dirinya yang mengalami alahan teruk bagi kehamilan keduanya yang kini telah pun mencecah usia enam bulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Suap Menantu Makan, Netizen Gelar Sheila Rusly ‘Mentua Dari Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Mak Mentua Jahanam..Elisya Dah Lama Lari, Beatrice Dah Duduk Jakarta’ – Sheila Rusly
Elisya alami alahan teruk
Ketika ditemui OhBulan!, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, mengakui bahawa alahan yang dialaminya berkemungkinan akan menjejaskan ibadah puasanya pada Ramadan tahun ini.
Sebenarnya ketika saya Bunga mengandungkan Bunga sebelum ini, saya dapat berpuasa penuh. Tak tinggal satu hari pun. Saya sangat gembira kerana itu memang sasaran saya pada waktu itu.
Tapi pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi saya akan tetap cuba. Kali ini, saya cepat penat dan ada alahan yang agak teruk.
Menantu kepada pelakon Sheila Rusly ini lagi menyifatkan proses kehamilan keduanya ini agak mencabar berbanding kehamilan pertamanya pada tahun 2022.
Cuma kali ini alahan teruk juga. Perut saya agak kecil walaupun dah enam bulan tapi digantikan dengan alahan, bengkak kaki dan mudah penat. Kalau berjalan pun saya akan mudah penat.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media LXM Resources, yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rahsiakan jantina anak
Sementara itu, apabila disoal mengenai jantina anak, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu bagaimanapun masih merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarga.
Sebaliknya hanya akan diumumkan ketika majlis gender reveal yang akan diadakan selepas sambutan hari raya nanti.
Jantina anak kita belum maklumkan lagi. Kita akan adakan majlis gender reveal selepas Hari Raya. Mak mentua saya pun belum tahu lagi. Cuma saya dan suami sahaja yang tahu.
Buat masa ini, kami memang nak merahsiakan walaupun ibu mentua saya cuba korek.
Sekadar informasi, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.
Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Bunga yang kini berusia dua tahun.