
Anggota kumpulan Elite, Watie Sadali menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Linda Rafar yang dilihat seolah-olah memberi bayangan untuk keluar daripada kumpulan itu adalah hasil perbincangan dirinya sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Memaafkan Sesiapa Sahaja Yang Berkata Buruk Terhadap Diri Saya’ – Linda Rafar
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Team Sudah Cuba Sedaya Upaya’ – Linda Rafar Perjelas Isu Penampilan Ketika Konsert, Akan Rujuk Keluarga Soal Pakaian
Masih baik

Ketika ditemui OhBulan!, Watie, 49, menjelaskan hubungan mereka berlima masih baik dan tiada sebarang konflik berlaku.
Ada orang lain yang beritahu kami. Kami memang langsung tidak tahu.
Bila tanya, dia memang tidak cakap. Dia kata memang ada masalah dalaman.
Kami hormati keputusan dia.
Tapi nak beritahu, kami semua memang tidak ada konflik sesama sendiri. Kami semua okay.
Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan kenyataannya hanya bermaksud mahu berehat seketika.
Saya rasa dia buat keputusan itu setelah memikirkannya terlalu lama dan on the spot.
Bila saya tanya dia, dia kata ayat yang dia muat naik di media sosial itu hanyalah ayat ‘sekiranya’ atau ‘jika’ tapi orang terus salah faham kata nak keluar.
Saya rasa dia cuma nak berehat untuk seketika dan bukan keluar daripada kumpulan.
Hormat

Mengulas lanjut, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu berkata kumpulan Elite sentiasa menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh ahli kumpulan itu termasuk jika mereka mahu meninggalkannya.
Kalau sesiapa di antara kami yang nak keluar, mereka mesti ada sebab tersendiri dan kami akan menghormati keputusan mereka.
Sebelum ini, Linda mencetuskan perhatian ramai apabila memberi bayangan seolah-olah ingin mengundurkan diri daripada kumpulan Elite.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)