berita

Elizabeth Tan Kekok Kena Bagi Angpau, Tak Pernah Beli Baju Hitam Untuk Tahun Baru Cina – ‘Lambang Nasib Malang’

February 10th, 2024 | by Alia
Kini Trending

lizzy cny

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia akan pulang ke kampung halaman suaminya iaitu Dr Siew Jim Ding yang terletak di Ayer Tawar, Perak sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk meraikan bersama keluarganya pula.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan

Artikel Berkaitan: Sedih & Tertekan, Elizabeth Tan Akui Hilang Keyakinan Akibat Penyakit Alopecia

Masa bersama keluarga

lizzy cny

Elizabeth atau nama sebenarnya Tan Su Mei berkata semenjak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, dia dan suami perlu menyediakan angpau.

Saya masih tengah biasakan diri untuk bagi angpau sebab tahun sebelum ni tahun pertama saya mula bagi angpau (lepas kahwin), jadi tahun ni baru tahun kedua. 

Bercerita lanjut, Lizzy berkata dia sangat teruja setiap kali menikmati juadah tradisi masyarakat Cina yang dihidangkan semasa perayaan tersebut.

Juadah tradisi kegemaran saya adalah ‘nian gou’, iaitu kuih pulut manis dan ianya sangat sedap.

Untuk malam sebelum perayaan biasanya ada makan-makan dengan keluarga. Ibu saya akan masak makanan kegemaran saya iaitu ‘Shanghainese dish’ iaitu rice cake dengan sup yang ada sayur masam masin dan rebung.

Dalam masa yang sama, selebriti berusia 31 tahun tersebut tidak pernah lupa akan pantang larang semasa meraikan Tahun Baru Cina, malah masih mengamalkannya sehingga ke hari ini.

Pantang larang yang saya selalu ikut hanya satu, tak boleh pakai baju hitam! Nanti pak cik dan mak cik tak suka dan akan tegur sebab warna hitam melambangkan nasib malang.

Saya akan ikut sampai bila-bila sebab dah biasa. Jadi saya tak pernah beli baju hitam atau putih untuk Tahun Baru Cina.

Untuk info, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 20 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.

SKIP THIS AD ×