berita

Elizabeth Tan & Suami Menanti Rezeki Zuriat Pertama – ‘Harapnya Dalam 2 Bulan Ini Kami Boleh Dapat’

February 14th, 2024 | by Alia
Kini Trending

lizzy anak

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia dan suami, Dr Siew Jim Ding sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan

Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Kekok Kena Bagi Angpau, Tak Pernah Beli Baju Hitam Untuk Tahun Baru Cina – ‘Lambang Nasib Malang’

Harapan Tahun Naga 

lizzy anak

Ketika dihubungi OhBulan!, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkongsi dia kini sudah bersedia jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.

Suami saya dan saya tengah mencuba untuk dapat anak, tetapi belum ada rezeki lagi setakat ini.

Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini, dia dan suami sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam masa dua bulan ini.

Harapnya dalam dua bulan ini kami boleh dapat la.

Saya harap saya akan dapat ‘baby naga’. 

Terdahulu, pelantun lagu Semua Sudah tersebut pernah menyatakan hasrat untuk bergelar ibu pada tahun lalu namun bimbang akan menjejaskan karier selain risau dengan keadaan kewangannya dan suami.

Untuk info, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 20 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.

SKIP THIS AD ×