Pelakon dan pengacara, Elly Arifin menafikan dakwaan netizan yang mengatakan dia sengaja menumpang populariti bekas suaminya, Jiggy Masin dan pasangan, Dhabitah Sabri.
Artikel Berkaitan: Elly Arifin Ucap Tahniah Buat Jiggy & Dhabitah – ‘Kunci Rumah Tangga Adalah Kesabaran’
Artikel Berkaitan: Jatuh Cinta Ketika ‘Shooting’ Bersama, Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Dhabitah Sabri
‘Pernah hidup bersama’
Dakwaan tersebut timbul susulan tindakan Elly membuat ucapan perkahwinan kepada pasangan itu di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Ketika ditemui Oh Bulan!, Elly berkata, sebagai seseorang yang pernah hidup bersama pelawak itu, tidak salah untuk dia menumpang gembira dengan membuat ucapan sempena perkahwinannya.
Malah, Elly atau nama lengkapnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 33, akui terkilan dengan dakwaan yang tular tersebut.
Saya agak terkilan bila dalam laman sosial media, ada yang kata saya menumpang populariti Jiggy dan Dhabitah.
Mereka mempersoalkan kenapa bila berita perkahwinan mereka sudah viral kemudian saya muncul dengan beri kenyataan.
Saya bukan saja-saja beri kenyataan, sebagai orang yang pernah berada dalam hidup dia (Jiggy), mengapa tidak saya berkongsi rasa gembira dengannya.
Tidak salah jika sama-sama kongsi positiviti. Tidak lah semua ex wife itu teruk sangat.
Dalam pada itu, Elly turut menumpang gembira apabila mendapat berita pasangan itu sah menjadi suami isteri selain menyifatkan mereka serasi bersama.
Saya tumpang gembira di atas perkahwinan Jiggy dan Dhabitah. Apabila Jiggy diumumkan bernikah dengan seorang atlet negara malah penyumbang emas kepada negara, memang hebat Jiggy.
Mereka sangat serasi dan saya lihat kemesraan antara Jiggy dan Dhabitah. Saya lihat juga ramai peminat mereka yang mendoakan dan menyokong.
Saya tahu mereka bersama sejak kami berdua bekerjasama dalam sebuah rancangan yang kami hoskan, Muzikal Lawak Superstar.
Saya cakap dengan dia, kalau kahwin jangan lupa jemput saya. Supaya dapat ambil aura itu.
Terbuka jumpa Dhabitah
Dalam masa sama, Elly berkata dia terbuka seandainya dipertemukan dengan Dhabitah yang juga atlet sukan terjun negara.
Saya dan Jiggy walaupun sudah berpisah, kami masih berkawan baik, masih keep in touch. Saya terbuka jika Jiggy bawa Dhabitah untuk berjumpa saya.
Malah memang pernah pun Dhabitah ingin berjumpa saya, cumanya waktu itu tidak kesampaian, sebab agak sibuk.
Setiap individu berbeza pendekatan yang mereka lakukan, biarpun saya pernah menjadi isteri Jiggy, tetapi usia saya dan Dhabitah sangat berbeza.
Saya tidak layak untuk beri nasihat pada Dhabitah, tetapi saya percaya dia ada caranya tersendiri untuk jaga dan pikat hati Jiggy.
Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah selamat melangsungkan pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu.
Untuk rekod, Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi memfailkan perceraian pada Januari 2020. Bagaimanapun, pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata.