berita

[VIDEO] Menang 2 Pingat Di Asian Games, Dhabitah Sabri Ucap Terima Kasih Pada Suami – ‘Dia Penyokong No.1 Saya’

October 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Dhabitah Sabri Jiggy Masin

Sekalung tahniah diucapkan kepada atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang berjaya meraih dua pingat dalam kejohanan Asian Games ke-19 di Hangzhou, China, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Bimbang Dengar Kes Rumah Tangga, Jiggy Ingat Pesan Dhabitah

Artikel Berkaitan: Elly Arifin Nafi Tumpang Populariti Jiggy Masin & Dhabitah Sabri -‘Saya Pernah Berada Dalam Hidup Dia’

Suami penyokong no.1

Dhabitah Sabri Jiggy Masin

Menerusi sepotong video temu bual, Dhabitah mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepadanya.

Dalam masa sama, Dhabitah turut menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan suaminya iaitu pelawak Jiggy Masin yang tidak putus mendoakan serta menjadi penyokong nombor satunya.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakyat Malaysia di atas doa kalian semua.

Kepada keluarga terima kasih kepada keluarga yang selama ini menyokong dan terutama suami saya yang tidak pernah putus doakan saya dari hari pertama saya pergi latihan di China.

Dia adalah penyokong nombor satu saya, kerana doa dia saya berjaya bawa balik dua pingat.

Sementara itu, Jiggy menerusi perkongsian di Instagram Stories turut menyampaikan ucapan tahniah kepada isteri tercinta.

Tahniah sayang (Dhabitah), awak sudah buat yang terbaik and more to come, rileks dan chill okay.

Dhabitah berjaya membawa pulang pingat perak dalam kategori 3 meter papan anjal berirama bergandingan dengan Ng Yan Yee dan pingat gangsa menerusi kategori 10 meter platform berirama bergandingan dengan Datuk Pandalela Rinong.

Untuk info, Dhabitah dan Jiggy mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)


Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×