Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein mengakui terharu menerima pujian daripada pendakwah, Ustazah Asma Harun berhubung gaya pemakaian tudungnya yang mengikut syariah Islam.

Artikel Berkaitan: ‘Keluar Rumah Saya Pilih Tudung Labuh, Nak Jadi Muslimah Lebih Baik’ – Elly Mazlein

Jadi muslimah baik

Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, 45, berkata, pujian yang diterima memberi makna besar buat dirinya selain dilihat sebagai satu bentuk doa yang menguatkan semangat untuk terus memperbaiki menjadi Muslimah lebih baik.

Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya mengakui berasa sangat terharu. Kata-kata pujian dan doa yang diberikan membuatkan saya rasa dihargai.

Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, kata-kata itu merupakan satu doa dan berazam untuk terus berusaha menjadi seorang Muslimah yang baik.

Elly berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam masa sama, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Terpendam itu juga mendedahkan menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang memuji gaya tudungnya selain meminta tutorial pemakaian.

Ramai peminat menghantar mesej peribadi dan meluahkan rasa terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh yang digayakannya.

Mereka sudah dapat mengenal pasti bahawa ini adalah gaya khas saya. Malah, ada yang meminta agar dia menghasilkan tutorial pemakaian.

Tidak salah untuk memberikan contoh pemakaian yang baik untuk diikuti. Saya menganggap perkara tersebut sebagai satu tanggungjawab dan bersyukur atas sokongan yang diterima.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma Harun kerana kata-kata yang sangat bermakna itu telah mendorongnya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Terdahulu, Ustaz Asma Harun mengulas penampilan terbaharu Elly yang berhijrah selain dirinya tersentuh melihat perubahan figura kesayangan ramai itu.

Ustazah Asma Harun berharap penghijrahan Elly dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mendekatkan diri kepada agama dan tidak bertangguh dalam melakukan perubahan ke arah lebih baik.