Isu ‘cop parking’ bukanlah isu yang baru. Isu sebegini kerap kali didengari di kebanyakan kawasan perumahan dan lot kedai. Namun, di pusat beli belah juga sudah menjadi satu budaya yang kurang sihat sehingga menimbulkan kemarahan pada pemandu lain.
Begitulah kisah pelakon, Elvina Mohammad yang berang dengan sikap seorang individu menggunakan konsep cop parking yang telah mencetus kemarahan.
Artikel Berkaitan: ‘Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Tahap Oksigen Meningkat’ – Elvina Mohamad
Artikel Berkaitan: Penampilan Seksi Di KLFW2022 Dikritik, Elvina Mohamad Minta Maaf
Artikel Berkaitan: Boleh Kena Tangkap Kalau Anda ‘Cop Parking’
‘Mana boleh cop cop parking’
Menerusi video yang dimuat naik itu, Elvina kelihatan sedang menegur individu tersebut atas tindakannya menjaga parking buat kawannya. Walau bagaimanapun, individu tersebut menafikan dirinya sedang ‘cop parking’ dan membuatkan Elvina lebih berang.
Tak sangka masih ada orang buat macam ni, nak cop cop parking. Kita ini punya la tiga empat kali pusing cari dan tunggu parking.
Lepas itu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal dah tunggu nak parking di situ lepas kereta lain keluar dari situ. Ikutkan hati nak maki! Geram rasa.
Pelakon berumur 27 tahun itu mendapat sokongan ramai dari warganet atas teguran yang dilakukan kepada individu terbabit.
Netizen turut geram
Sumber: Tiktok @elvinamohammad