Sehingga kini, pelakon Nad Zainal masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi paru-paru berdarah.
Artikel Berkaitan: ‘Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Kritikal Di ICU’ – Ungku Ismail
Artikel Berkaitan: ‘Kuat Demi Yem & Som’ – Bekas Suami Nad Zainal
Berjurai air mata
Rakan artis iaitu Datin Elvina Mohamad antara yang melawat Nad di ICU Pusat Perubatan Ampang Puteri, semalam (Rabu).
Menurut Elvina, air matanya mengalir di saat melihat anak lelaki Nad, Fahad Ibrahim, 6, yang belum mengerti keadaaan ibu tercinta yang sedang bertarung nyawa.
Masa Yem datang dekat atok dia tanya ‘mummy kenapa, mummy kenapa’, kami semua yang ada kat situ auto berjurai.
Ya Allah anak kecil yang tak faham apa-apa lagi, yang tidak tahu (clueless) apa sebenarnya terjadi dekat mummy dia.
Tambah pemilik nama Norzalina Mohamad, dia masih terkejut melihat aktres berumur 32 tahun terlantar sakit sedangkan selama berkawan tidak pernah mengadu sakit.
Tengok keadaan Nad yang terlantar dengan penuh pelbagai tiub, jadi macam tak percaya.
Sangat mengejutkan sebab macam tiba-tiba. Dia tak pernah pun cakap dia sakit apa sebelum ini, tiba-tiba dapat tau dah kat ICU.
Kena kuat
Pelakon drama Takdir Cinta Dhia berharap agar Nad terus kuat demi dua anak kecil yang sedang menunggu.
Aku tau mu kuat nyah (panggilan Nad), mu kena kuat demi anak-anak. Ramai yang datang tadi bagi sokongan, sayang mu. Kami semua tunggu kau bangun tau! Kau kena lawan.
Dalam pada itu, Elvina turut berkongsi perkembangan terkini pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin yang menunjukkan perubahan positif apabila tahap oksigen meningkat.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke ICU sejak tiga hari lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.
Nad kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal sehinggakan terpaksa melakukan prosedur intubasi disebabkan berdepan masalah pernafasan.
Sekadar info, Nad dan Muhammad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan tujuh tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom yang berusia setahun.
Sumber: Instagram @elvinamohamad