berita

Empat Lelaki Ditahan Pihak Polis, Belasah Warga Asing Didakwa Ganggu Pengurus Restoran Makanan Segera

February 7th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang warga asing yang dipukul oleh beberapa orang pekerja bagi sebuah restoran makanan segera terkemuka di ibu kota.

Artikel Berkaitan: Remaja Cedera Dibelasah 10 Lelaki Kerana Wanita Warga Asing

Didakwa ganggu pengurus restoran

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X itu, dapat dilihat mangsa bertungkus lumus mempertahankan dirinya daripada dipukul beberapa orang pekerja restoran tersebut.

Seorang individu yang menggunakan nama @nisarosdan mendakwa, warga asing tersebut dipukul kerana sering mengganggu pekerja-pekerja wanita di restoran berkenaan.

Bukan itu sahaja, warga asing itu juga didakwa pernah mengeluarkan ugutan bunuh terhadap rakan tempat kerjanya kerana tidak berpuas hati cintanya ditolak.

Elok pun kena pukul mamat warga asing ini, selalu datang kacau pekerja peremuan (restoran makanan segera).

Dia sampaikan ugut nak bunuh kawan tempat kerja saya sebab kena ‘reject’,

Dia selalu datang dan menghendap kawan dekat tempat kerja saya yang sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten iaitu Komisioner Noor Dellhan Yahya memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan telah menahan empat warga tempatan dan seorang warga asing.

Menurut Noor Delhan, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku dipercayai akibat tindakan lelaki warga asing tersebut yang mengganggu seorang wanita yang merupakan pengurus di restoran berkenaan.

Kesemua suspek lelaki warga tempatan direman sehari bermula Selasa manakala warga asing tersebut ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Aplikasi X, Harian Metro

SKIP THIS AD ×