Seorang wanita ditahan selepas didakwa memukul ibu mentuanya hingga patah empat tulang rusuk kerana berang wanita warga emas itu enggan menjaga cucu dan didakwa lebih mengutamakan hubungan cintanya.

Artikel Berkaitan: Wanita Dipukul Kekasih Panas Baran, Nekad Lolos Melalui Tingkap

Artikel Berkaitan: Didakwa Pukul Kekasih, Pelakon Lelaki Beri Keterangan Kepada Polis

Menantu pukul ibu mentua yang sudah warga emas

Menurut laporan Zhejiang Television, pasangan terbabit yang berasal di Jiaxing, wilayah Zhejiang, China menyerahkan penjagaan dua anak mereka kepada ibu mentua, Shen kerana mereka bekerja di bandar yang berbeza.

Bagaimanpun, ketika kejadian, salah seorang anak mereka menghubungi ibunya menerusi CCTV di rumah dan memaklumkan dia kurang sihat. 

Kanak-kanak itu turut mendakwa neneknya tidak mahu memeriksa suhu badannya. Sebaik menerima berita tersebut, wanita berkenaan bergegas ke rumah.

Setibanya di rumah, Shen menjelaskan cucunya sukar dikawal selain memaklumkan dia sendiri sedang mengalami sakit gigi. 

Shen kemudian menolak pelawaan untuk ke hospital kerana mahu bertemu teman lelakinya. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Shen dikatakan meluahkan bahawa dia lebih rela mati daripada menjaga cucu-cucu.

Disebabkan pergaduhan itu, Shen mengalami kecederaan pada bahagian muka dan patah empat tulang rusuk. 

Laporan turut mendakwa ini bukan kali pertama wanita warga emas itu diserang oleh menantunya atas isu sama.

Lebih mengejutkan, anak lelaki Shen yang juga suami kepada suspek tampil mempertahankan tindakan isterinya. 

Dia mendakwa ibunya mengutamakan teman lelaki berbanding keluarga dan berpendapat Shen sepatutnya membantu menjaga cucu atau memberikan bantuan kewangan kerana dia sedang berdepan masalah kewangan.

Sumber: South China Morning Post