berita

Enggan Perubahan Jadi Isu Besar, Salamiah Hassan Mengaku Sudah Bertudung

March 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Salamiah Hassan, 72, mengesahkan dirinya kini sudah bertudung selepas kehilangan suami tercinta pada November tahun lalu.

Artikel berkaitan: Salamiah Hassan Kembali Bergelar Isteri Selepas 36 Tahun Hidup Solo

Artikel berkaitan: Baru Dua Bulan Kahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Memang nak pakai tudung

Menerusi laporan Kosmo, Salamiah berkata dia betudung kerana pilihan diri sendiri dan senang sekiranya kisah hijrahnya itu tidak menjadi topik atau isu.

Tiada apa yang saya perlu komen. Saya memang nak pakai tudung. Saya tak suka perkara ini jadi isu besar. Rasanya anda kenal saya. Saya seorang yang privasi. Saya sendiri nak memakainya.

Saya baru selesai tempoh edah dan mahu aktif bekerja. Saya enggan perubahan ini menjadi isu besar.

Bercerita mengenai kehilangan suami tercinta, Salamiah memberitahu kehilangan tersebut masih dirasai olehnya.

Saya okay sahaja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan terima hakikat untuk teruskan kehidupan. Nak kata saya kuat, saya hanyalah insan biasa. Pasti ada rasa sedih. Kesedihan tidak boleh hilang sebegitu saja. Saya kena mengawalnya dengan kekuatan yang Allah berikan.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×