
Pelakon, Abby Abadi menolak saranan orang ramai supaya dia menuntut haknya melalui mahkamah terhadap bekas suaminya, Norman Hakim.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Wanita Dipercayai Anak Buah Norman Hakim – ‘Nasib Saya Ni Tak Mati Ja’
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Perjelas Dakwaan Pilih ‘Live’ Bersama Ibu Tiri Berbanding Abby Abadi
Malas
View on Threads
Menerusi komen di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, enggan membawa isu tersebut melalui proses perundangan kerana memakan masa yang lama.
Tambah Abby lagi, meskipun dia memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di dunia namun itu tidak bermakna dia melepaskan perkara tersebut begitu sahaja.
Tegasnya, dia menyerahkan segala-galanya untuk diadili di akhirat kelak.
Saya malas untuk naik dan turun mahkamah. Bertahun-tahun. Saya tidak kuasa.
Tidak mengapa, saya tak halalkan. Mahkamah Allah kan ada.
Sebelum ini, segelintir netizen menyatakan sokongan penuh terhadap Abby agar dia memfailkan tuntutan nafkah tertunggak serta memulakan tindakan saman malu terhadap Norman berikutan konflik yang tercetus antara mereka baru-baru ini.
Terdahulu, hubungan antara Abby dan Norman kembali menjadi bualan hangat netizen selepas Abby membuat beberapa pendedahan terbuka di media sosial mengenai isu keluarga dan tanggungjawab.
Netizen menganggap tindakan Abby itu sebagai gambaran bahawa dia sudah lama memendam perasaan.
Sehingga kini, Norman masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kemelut yang berlaku antaran mereka.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)