berita

Enjoy Bersama Karakter Upin & Ipin Serta Banyak Lagi Aktiviti Menarik Hujung Minggu Ini!

September 6th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Dalam kita tak sedar, bulan Ogos dah pun berlalu pergi. Tapi, semangat dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan negara terus berlangsung meriah.

Sehingga kini, masih banyak event bertemakan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia dianjurkan di seluruh negara. Paling penting, sokongan daripada rakyat Malaysia memang tak pernah mengecewakan!

Riang ria bersama Upin & Ipin

Kalau korang nak tahu, hujung minggu nanti watak animasi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Upin dan Ipin akan muncul memeriahkan event sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia di Setia Warisan Tropika, Salak Tinggi.

Program selama satu hari ini bakal mengetengahkan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan harmoni. Dan apa yang pasti, penampilan istimewa karakter Upin & Ipin ini pastinya bikin anak-anak korang tak mahu balik.

Bayaran masuk adalah PERCUMA!

Tarikh: 8 September 2019
Masa: 11.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Setia Warisan Tropika Welcome Centre

Permainan tradisional pun ada!

Apa yang lebih mengujakan, di sana juga korang dan keluarga boleh cuba bermain macam-macam permainan tradisional yang disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya ialah batu Seremban, Teng-Teng dan Congkak.

Sambil-sambil bermain tu, bolehlah ajar anak-anak korang mengenali permainan tradisi warisan lama kita. Barulah namanya anak Malaysia! Selain itu, banyak lagi aktiviti menarik yang lain bakal menghiburkan seisi keluarga seperti persembahan pentas dan pertandingan mewarna. Ada hadiah juga tau disediakan!

Rumah impian rakyat Malaysia kini di Setia Warisan Tropika

Alang-alang korang seisi keluarga enjoy macam-macam aktiviti menarik dekat sana, jangan lupa untuk kunjungi bilik pameran Setia Warisan Tropika dan nikmati sendiri keindahan suasana kediaman  yang memang luar biasa di sana. Konsep perumahan yang berlatar belakangkan alam semula jadi dan dikelilingi tumbuhan hijau ini sudah tentu buat sesiapa saja jatuh cinta!

Kalau korang nak tahu lebih banyak perkembangan dan informasi menarik tentang projek perumahan Setia Warisan Tropika milik syarikat S P Setia ini, korang boleh layari laman sesawang rasmi Setia Warisan Tropika atau kunjungi laman Facebook rasmi Setia Warisan Tropika.