
Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tampil memberi respon apabila ada yang mengkritik mengenai elemen lucah atau ‘soft porn’ yang dipaparkan dalam dua naskhahnya yang kini sedang ditayangkan iaitu Bidaah dan Keluarga Itu.
Artikel Berkaitan: ‘Babak Usap Janggut Guna Kaki & Minum Air Basuhan Kaki Adakah Kisah Benar’ – Faizal Hussein
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erma Fatima Mahu Papar Realiti Penunggang Agama, Tegaskan Drama Bidaah Tiada Kaitan Dengan Ulama – ‘Pakaian Seseorang Yang Beriman Adalah Ilmu’
Elemen lucah
Erma atau nama sebenar Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata, dua drama itu bertujuan memberikan kesedaran kepada penonton mengenai kewujudan individu yang menggunakan agama untuk menutup kesalahan yang dibuat.
Malah, Erma menegaskan, seks bukan perkara yang kotor untuk mereka yang sudah halal sebagai pasangan.
Siapa kata seks itu kotor? Seks itu tidak kotor, seks halal kepada pasangan suami isteri yang sudah halal. Seks kotor kerana dilalukan oleh pasangan yang tidak halal.
Perkara itu (netizen kecam) bukan masalah saya promosi ‘soft porn’ atau saya gedik sengaja nak buat karya sebegitu.
Berapa ramai kita dengar tok bomoh perkosa pesakit. Berapa ramai guru tahfiz meliwat anak muridnya?
Itu pun saya tidak bercerita berkaitan guru tahfiz atau ulama yang mulia dan suci jadi jahat tetapi hanya memaparkan kisah penunggang agama yang dah sesat.
Erma berkata demikian ketika ditemui di majlis Iftar Bersama Rossa yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, pada Selasa.
Jatuhkan agama Islam?
Tambah Erma, apa yang dipaparkan dalam dua naskhah itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan agama Islam mahupun ahli agamawan, sebaliknya menghormati setiap ilmu dan akhlak mereka.
Saya tiada niat untuk menjatuhkan Islam kerana saya sendiri seorang umat Islam. Saya juga tidak ada niat untuk menjatuhkan mana-mana ulama.
Saya menghormati ilmu dan akhlak mereka. Apa yang saya paparkan ini adalah penunggang-penunggang agama yang sudah merosakkan akidah masyarakat kita.
Tambah Erma lagi, dia mahu mencipta kelainan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat untuk berdepan dengan realiti sebenar kehidupan.
Malah, dia enggan lagi menerbitkan drama klise yang memaparkan isu curang dan penyondol sebaliknya berpendapat inilah masanya untuk memberikan mesej bermanfaat kepada penonton.
Apabila saya menulis skrip, saya mempunyai matlamat. Contohnya drama Keluarga Itu, hampir setiap hari kita lihat dalam media sosial berkenaan kes rogol.
Bapa rogol anak, abang rogol adik, atuk rogol cucu yang berlaku menunjukkan jiwa masyarakat kita makin sakit.
Bila buka TV semuanya drama berkaitan curang dan penyondol, bila masyarakat nak dididik dengan masalah besar di luar sana.
Saya dah buat kisah penyondol sebelum ini, drama Perempuan Itu. Cukuplah! Takkan saya nak ulang benda yang sama. Saya mahu buat satu kelainan. Saya mahu lakukan sesuatu yang boleh beri manfaat kepada masyarakat.