
Bekas isteri kepada sukarelawan popular, Abang Viva iaitu Evanoza Zakaria memberi bayangan bahawa bekas suaminya masih belum dapat melupakan dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Tangga Abang Viva Didakwa Musnah? Isteri Tampil Bersuara -‘Sila Turunkan Sebelum ..’
Artikel Berkaitan: Abang Viva Selar Netizen Fitnah Ditinggalkan Isteri Kerana Malas Kerja
‘Move on’

Dalam hantaran di Threads, Evanoza memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp daripada Abang Viva kepadanya serta status yang dibuat berkaitan dirinya.
Evanoza turut meminta agar pemilik nama Azwan Omar itu menghormati keputusan penceraian yang telah berlaku sejak lapan bulan lalu.
Tolong move on.
Dah-dah lah. Anggap kita tiada jodoh, saya ada kerjaya saya dan tolong sedar apa yang kita buat ini langkah bodoh untuk pasangan yang sudah bercerai.
Malu tapi saya perlu pertahankan diri saya.
Dalam pada itu, Evanoza juga menegaskan dia ingin menutup buku lama yang mengaitkan mereka berdua dan mahu meneruskan kehidupan baharu tanpa sebarang gangguan.
Sementara itu, Evanoza juga mendakwa Abang Viva sebelum ini tidak bersikap telus dalam menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan.
Saya korbankan segalanya. Saya tutup rapat-rapat kisah awak jual semua yang orang bagi, NGO tidak telus, makan dana orang bagi dan beli bot siap enjin tapi akhirnya rosak sebab tidak berkat.
Awak mulakan dulu dari semalam.
Untuk rekod, Abang Viva dan Evanoza pernah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022 namun bercerai pada Mac tahun ini.






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

