berita

Event Legacy Rider 2.0 Kembali Semarakkan Industri Pelancongan & Permotoran Negara

October 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Event Legacy Rider 2.0

Program Legacy Rider 1.0 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di Malaysia.

Susulan sambutan positif yang diterima, pihak penganjur sekali lagi bakal menganjurkan Event Legacy Rider 2.0 yang akan berlangsung pada Sabtu, 28 Oktober ini bertempat di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Korang Pencinta Seni Budaya, Jom Kami Kongsikan Program Menarik Untuk Korang Sertai!

Himpunkan artis terkenal tanah air

Event Legacy Rider 2.0

Meskipun memilih Stadium Shah Alam sebagai lokasi asal, penganjur bagaimanapun mengambil keputusan untuk berpindah ke Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang lebih strategik dan sesuai bagi menganjurkan acara berstatus mega begini.

Menurut Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi selagu Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider, pihaknya menjangkakan edisi Event Legacy 2.0 akan diserbu oleh 50,000 hingga 60,00 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.

Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan adalah akan dibuat Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) ataupun Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan).

Jika diberi peluang, pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider dan peminat sukan permotoran di negara kita.

Tambah Musaddiq lagi, pengunjung yang hadir juga dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

Program ini dijalankan untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai dan pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.

Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanah air dan ikon-ikon media sosial (pempengaruh) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini.

Untuk makluman, program Event Legacy Rider 2.0 ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis terkenal seperti Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir ke program Event Legacy Rider 2.0 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2023 ini.

SKIP THIS AD ×