berita

Exco Perak Cakap Tak Salah Pasang Bendera Terbalik, Ini Reaksi ‘Geram’ Netizen

August 23rd, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini viral mengenai isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik sehingga mencetusnya perdebatan. Isu sebegini sangat sensitif kerana telah melibatkan soal jati diri dan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, isu ini lebih hangat dalam kalangan netizen apabila Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan kenyataan Jalur Gemilang dipasang terbalik bukan satu kesalahan. Susulan dari kenyataan itu, rata-rata netizen mempersoalkan jati diri Dr Abdul Aziz.

Ada undang-undang kata salah?

Menerusi Astro Awani, Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata tiada undang-undang memasang bendera Malaysia terbalik merupakan satu kesalahan. Dia turut menyifatkan perkara ini mula jadi isu apabila dimuat turun ke media sosial.

Benda ni terlalu mudah ataupun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada kesalahan. Ada undang-undang ke yang menyatakan salah pasang bendera terbalik?

Cuma benda ni jangan dimainkan, jangan dipanaskanlah. Jadi kalau kadang-kadang tersilapkan ataupun terlepas pandang, jadi jangan kata ini perbuatan tidak patriotik atau anti itu dan ini. Jangan digambarkan begitu.

Jangan anggap benda yang kecil, yang remeh tu, kita mainkan, kita bagi konteks lain, seperti konteks kaum, konteks agama. Jadi tak baguslah.

Ini soal etika, semangat patriotik

Sudah hilang semangat kenegaraan

Meh kami terbalikkan awak

Sumber: Astro Awani