Pelakon Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid pada jam 10.12 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Berdebar, Teruja & Gementar..Saya Harap Majlis Nanti Berjalan Lancar’ – Eyka Farhan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Simple’ Berbaju Kurung & Bertudung, Netizen Puji Eyka Farhana Tak ‘Overshadow’ Pengantin – ‘Dia Artis Pun Tak Beria’

Isteri Akhyar

Menurut laporan Harian Metro dan mStar, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 30 tahun itu juga menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.

Bagi hantaran pula, pihak perempuan memberi tujuh dulang dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Anggun berbaju putih

Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang itu disaksikan oleh kedua-dua belah keluarga mempelai serta kenalan rapat mereka.

Pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan tersebut dengan penuh keayuan mengenakan busana kurung moden berona putih rekaan Teh Firdaus.

Hari bahagia Eyka dan Akhyar itu turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin yang turut membawa dulang hantaran.

Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.

Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.

Sumber: Harian Metro & MStar