![[VIDEO] ‘Simple’ Berbaju Kurung & Bertudung, Netizen Puji Eyka Farhana Tak ‘Overshadow’ Pengantin – ‘Dia Artis Pun Tak Beria’](https://media.ohbulan.com/2025/04/eyka-farhana.jpg)

Penampilan pelakon Eyka Farhana meraih perhatian netizen apabila dilihat berbaju kurung dan bertudung semasa menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.
Artikel Berkaitan: Erissa Puteri Tak Anggap Adik Ipar ‘Overshadow’, Minta Netizen Henti Kecam – ‘Saya Tahu Dia Akan Pakai’
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Berdebar, Teruja & Gementar..Saya Harap Majlis Nanti Berjalan Lancar’ – Eyka Farhana
Penampilan yang simple
@eyka.farhana62 lepas ni dah tau dah siapa pulah #eykafarhana #eykafarhananikah #eykafarhanatunang #fyp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral?tiktok #dramamalaysia #dramatv3 #fypdddddddoooooonnnnnngggg #fyp?? #fypage ? Lagu Pernikahan Kita – Tiara Andini & Arsy Widianto
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat bersama rakan-rakan yang lain meraikan hari istimewa sahabatnya yang dikenali sebagai Suffieya.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian dengan penampilan Eyka yang dianggap menghormati majlis dan tidak ‘overshadow’ pengantin.
Hormat pengantin




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan pelakon berusia 30 tahun itu yang manis mengenakan hijab berwarna biru tua. Selain itu, warganet turut memuji Eyka yang tidak berlebih-lebihan dalam berhias semasa menghadiri majlis perkahwinan.
Sumber: TikTok @EykaFarhana








