berita

Eyka Farhana Tak Mahu Campur Urusan Cinta & Kerjaya – ‘Tunggu Seru, Banyak Lagi Saya Nak Capai’

October 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Eyka Farhana enggan mencampur aduk antara urusan kerja dengan hubungan istimewanya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Artikel Berkaitan: Upload Gambar Seksi, Peminat Minta Eyka Farhana Hormat Bulan Ramadan – ‘Postlah Yang Elok Sikit’

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Romantis, Video ‘Laga Pipi’, Akhyar Rashid & Eyka Farhana Bagi ‘Hint’ Dilamun Cinta?

Risau menjejaskan hubungan

Ketika ditemui OhBulan, Eyka berkata dia berasa risau sekiranya urusan kerja dan cinta dicampur adukkan akan menjejaskan hubungan antara kedua belah pihak.

Saya kalau boleh tak mahu campur adukkan kisah cinta dengan kerjaya seni. Saya tak mahu bila bercakap tentang kisah cinta saya ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pihak saya dan dia.

Apa yang saya ingin beritahu di sini, kami berdua masih berkawan baik seperti biasa, saling sokong satu sama lain.

Nak kata hubungan itu simpan secara peribadi pun tidak juga, ada kalanya kami post video TikTok bersama, banyak juga posting berdua.

Sementara itu, disoal mengenai perancangan ke fasa yang lebih serius, aktres berusia 28 tahun itu berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

Menurut Eyka, dia ketika ini hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya pada kerjaya lakonan.

Kalau orang tanya memang saya akan jawab, tunggu sampai seru. Sekarang ini saya hanya berkawan seperti biasa sahaja, kalau ada jodoh adalah, kalau tiada tak mengapa.

Sebab fokus saya ketika ini adalah kerjaya seni saya, seandainya saya sudah dapat semua apa yang saya inginkan, insya-Allah boleh fokus ke arah hubungan pula.

Sekarang ini apa sahaja peluang dari segi lakonan yang ada dan terbaik untuk saya, saya akan ambil. Banyak lagi yang saya nak capai dalam hidup.

Kalau jodoh saya ditakdirkan dengan dia, tolak macam mana pun dia tetap jodoh saya. Yang penting saya gembira dengan apa yang saya buat ketika ini.

Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain, alhamdulillah dia sokong apa saya buat, begitu juga dengan saya.

SKIP THIS AD ×