Pepatah ‘orang yang lebih tua, lebih banyak makan asam garam’ tidak lagi asing didengari. Nasihat ibu bapa itu adalah yang terbaik dalam segala aspek kerana mereka lebih mengetahui selok belok kehidupan.
Begitulah pelakon, Eyra Hazali yang berpegang pada nasihat orang tuanya dalam menjalini kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Umum Hamil, Suami Teruja Bakal Jadi Ayah Dua Anak – ‘Awak Serius Ke Sayang?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Unboxing Hadiah Kahwin, Bila Dibuka Rupa-Rupanya..’ – Eyra Hazali Kongsi Berita Hamil
Artikel Berkaitan: [FOTO] Sekitar Majlis Resepsi Eyra Hazali & Haziq Nadzli. Sungguh Meriah!
Nasihat ibu
Menerusi hantarannya di Twitter, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Haziq Nadzli menyatakan pesanan daripada ibunya yang sentiasa mengingatkan untuk membawa nama baik keluarga walau di mana sahaja dirinya berada.
Nak buat perangai, tak fikir diri sendiri, takpe. Tapi fikir la nama ayah.
Kemana sahaja korang pergi, korang bawak nama ayah sekali tau.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut bersetuju dengan pandangan ibu kepada pelakon berusia 24 tahun itu kerana rata-ratanya menitipkan pesanan yang sama.
Sumber: Twitter @eyrahazali21