
Pelakon Ezzanie Jasny menerima pujian menerusi bakat lakonannya yang sering mencuri perhatian penonton.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Yang Workaholic, Tak Boleh Duduk Diam’ – Ezzanie Jasny
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Ulas Hantaran Di Threads, Nafi Sindir Individu Tertentu – ‘Tak Tuju Sesiapa, Sekadar Social Experiment’
Lakonan Ezzanie Jasny dipuji

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu menyifatkan Ezzanie antara pelakon yang versatil kerana sentiasa memberikan lakonan yang terbaik setiap kali muncul di kaca televisyen.
Menurutnya, Ezzanie dilihat mampu membina keserasian dengan setiap pasangan lakonannya, tanpa mengira perbezaan usia.
Ezzanie Jasny antara pelakon yang always on point dengan partner on screen dia.
Kau bayangkan dia pernah berlakon dengan hero-hero bujang, hero laki orang, dengan Syuk, MK, Meerqeen, Niezam, Lorenzo… muda ke tua ke tetap menjadi.
Now dengan Azhan Rani pula, kau ada? Versatile wei dia.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna Threads lain yang rata-rata bersetuju bahawa Ezzanie mempunyai kelebihan dari segi lakonan serta kebolehan membawa pelbagai jenis watak.
Pujian netizen

Sumber: Threads








