Pelakon Fadlan Hazim berkongsi tentang pengalaman berdepan dengan individu yang bertindak memukulnya gara-gara sering membawa watak jahat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fadlan Hazim Berselera Makan Daging Kuda, Netizen Persoal Status Halal Haram
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fadlan Hazim Dedah Pernah Amal Diet Ekstrem, 4 Hari Tak Minum Air Sampai Pengsan
Lakonan beri impak
Ketika ditemui OhBulan!, Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar mendedahkan, dia pernah dipukul dan hampir diludah oleh individu yang menonton drama lakonannya.
Kira-kira 10 tahun lalu saya pernah kena hempuk dengan seorang mak cik ketika berada di sebuah kedai untuk membeli roti.
Tahun lalu, seorang pak cik hampir nak meludah saya. Ketika itu saya pula membawa watak kaki pukul dalam sebuah drama.
Lebih parah lagi, aktor berusia 33 tahun itu pernah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis selepas menerima mesej berbaur ancaman.
Dalam dunia ini macam-macam jenis orang ada. Ada yang benci kerana watak, ada yang benci sehingga tak boleh terima akal. Orang-orang sebegitu membuatkan saya risau.
Sebelum ini ada yang pernah hantar DM (direct message) yang agak serius kerana terlalu benci kepada watak yang saya bawa. Sebab itu saya ada buat laporan polis.
Fadlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan istimewa drama Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada baru-baru ini.
Watak baik
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar tersebut mengakui perlu menempuh cabaran membawa watak seorang lelaki baik selepas banyak menjayakan karakter antagonis.
Disebabkan terlalu sering membawa watak jahat, kadang kala air muka saya pun nampak jahat. Di awal penggambaran drama ini saya agak sukar untuk mencari aura seorang lelaki yang perwatakan baik.
Saya rujuk balik siri dan filem, antara yang sering saya jadikan contoh adalah drama-drama Turkish.
Nak buat orang benci memang mudah, tetapi bila dapat watak baik saya kena hidupkan semula ‘roh’ karakter baik untuk menjayakan drama ini.
Selain Fadlan, drama bersiri tersebut turut membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah.