berita

[VIDEO] Fadlan Hazim Berselera Makan Daging Kuda, Netizen Persoal Status Halal Haram

November 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fadlan daging kuda

Pelakon, Fadlan Hazim menyorot perhatian warganet ketika dia menjamah hidangan tradisi isterinya, Aiya Mukhamedsalova yang berasal dari Kazakhstan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fadlan Hazim Sah Jadi Suami Wanita Kazakhstan

Artikel Berkaitan: Isteri Fadlan Hazim ‘Buka Mulut’ Kenapa Keluarga Tak Datang Majlis Akad Nikah

Makan daging kuda

fadlan daging kuda

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar dilihat sedang berkongsi dengan pengikutnya beberapa jenis juadah dari negara tersebut.

Isteri aku orang Kazakhstan, ajar aku makan makanan dia.

Aktor berusia 31 tahun ini kemudian menjamah makanan yang dikenali sebagai Beshbarmak dan mendedahkan bahawa ianya diperbuat daripada daging kuda.

Selain itu, Fadlan turut mencuba hidangan Khachapuri yang dikatakan lebih enak dari cheese nan.

Netizen persoal

fadlan daging kuda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyoal tentang status halal daging kuda dan menasihati pelakon tersebut supaya lebih peka terhadap makanan.

Daging kuda tak boleh makan bang, haram..nabi tak suruh sebab zaman dulu banyak jasa dalam banyak peperangan.

Tidak berdiam diri, pelakon drama Cinta Arjuna itu tampil menjawab dakwaan warganet tersebut.

Kaji dulu lain kali sebelum komen, jangan ingat saya ni pakai telan je.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang tertanya-tanya tentang rasa daging kuda tersebut selain ada yang turut berkongsi pengalaman sama semasa menikmati juadah berkenaan ketika melancong ke Kazakhstan.

Untuk info, Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

@fadlanhazim_

Your turn to do malay food content? @Aiya #kazakhfood #kazakhstan #malayfood #malaysia #kazakhstan

? ???????????? ???? – ??????? ????????

Sumbber: TikTok Fadlan Hazim

SKIP THIS AD ×