
Tahniah diucapkan pada Faezah Elai dan suami, Heykal Hanifah. Pelakon ini semalam telah selamat melahirkan bayi pertama mereka di Prince Court Medical Centre dan ia disahkan sendiri melalui Twitter Heykal.

“Alhamdulillah 7.03mlm sygku telah selamat bersalin ..syukur padamu ya Allah.”

Sehingga kini, masih belum ada maklumat lanjut mengenai bayi mereka. Semoga kelahiran cahayamata ini memberikan lebih rezeki kepada Faezah dan juga Heykal sekeluarga. Tahniah!







![[VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/tiara.jpg)
