Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang, mengakui dia jarang membeli makanan yang terdedah di bazar Ramadan kerana kurang selesa dengan aspek kebersihannya.

Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Kecewa, Dakwa Segelintir Rakan Artis Tak Sokong Single Pertama – ‘Masa Saya Keluar Lagu Mereka Senyap’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ceddy Ang Kesal ‘Influencer’ Pilih Untuk ‘Tidurkan’ Kucing Hidap FIP – ‘Penyakit Ini Sebenarnya Boleh Dirawat’

Tidak mahu risiko sakit perut

Menerusi hantaran di Threads, Ceddy Ang berkata dia memahami keperluan peniaga yang mempamerkan rupa makanan bagi menarik perhatian pelanggan.

Namun dia berasa kurang selesa apabila melihat terlalu banyak lalat berlegar di sekitar hidangan tersebut.

Saya jarang beli makanan yang terdedah di bazar Ramadan.

Saya faham kenapa peniaga perlu tunjuk rupa makanan kepada pelanggan, tetapi bila nampak terlalu banyak lalat berlegar di atas hidangan itu, memang saya tak boleh terima.

Dalam pada itu, Ceddy turut mendakwa melihat segelintir pengunjung yang batuk tanpa menutup mulut ketika berjalan di hadapan gerai-gerai bazar Ramadan.

Sehubungan itu, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan hanya memilih makanan yang dimasak secara langsung bagi mengelakkan risiko gangguan kesihatan seperti cirit-birit sepanjang bulan puasa.

Saya nampak pengunjung lain di hadapan saya batuk tanpa henti ketika melalui gerai-gerai bazar.

Sudahlah tidak memakai pelitup muka, malah tidak menutup mulut ketika batuk.

Biasanya, saya akan memilih gerai yang menyediakan makanan yang dimasak secara terus di hadapan pelanggan.

Kita sedang berpuasa, sudah tentu kita mahu menjaga kesihatan dan tidak mahu cirit birit.

Sumber: Threads Ceddy Ang