berita

Faisal Halim Nafi Terima Gaji RM80k Sebulan

April 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menepis dakwaan dikeluarkan sebuah laman Facebook, Harimau Selatan X yang mengatakan dirinya kini menerima gaji bernilai RM80,000 di Selangor FC.

Artikel Berkaitan: ‘Kalah Tak Apa, Jangan Koyak’ – Sanusi Ucap Tahniah Buat JDT

Gaji dibandingkan dengan Arif Aiman

Menerusi hantaran dimuat naik laman Facebook tersebut, Faisal didakwa menerima gaji sebanyak RM80,000 berbanding pemain muda yang sedang meningkat naik. Arif Aiman yang hanya menerima gaji sebanyak RM25,000.

Bukan itu sahaja, laman Facebook berkenaan juga mempertikaikan Selangor FC yang menawarkan gaji tinggi kepada pemain tetapi tidak mampu menyediakan fasiliti yang selesa seperti stadium yang kini menggunakan stadium kelab bolasepak lain.

Jadi kepada siapa cakap nak berjaya kena ada duit itu semua silap.

Kalau tak percaya tengok Selangor, bayar gaji pemain mahal mahal stadium sendiri pun takde itu pun harap ehsan kerajaan negeri, yang paling teruk sampai sekarang masih tak menang apa apa lagi.

Faisal nafi sekeras-kerasnya

Sedar akan penularan hantaran tersebut, Faisal tampil mempertahankan dirinya dengan meninggalkan komen menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut Faisal, sekiranya benar dia menerima gaji sebanyak itu, sudah pasti dia sudah menggunakan kenderaan mewah berharga lebih RM500,000.

Terdahulu, pemilik kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak beberapa dakwaan dilemparkan ke atas kelabnya dengan mendakwa kejayaan Harimau Selatan mendominasi Liga Malaysia (Liga M) disebabkan kuasa wang atau gaji lumayan diterima pemainnya.

Menurut TMJ, rata-rata pemain pemain JDT menerima tangga gaji yang boleh dikategorikan pada tahap kompetitif berbanding pasukan Liga M yang lain. Bahkan ada kelab yang berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×