Berikutan kekalahan pasukan Kedah FC dalam perlawanan Liga Super bersama Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Aman semalam, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sama sekali tidak melatah malah turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT.
Artikel Berkaitan: Setiap Kali Tenggelam Terus Buat Cerita Sensasi Nak Naikkan Rating, TMJ Tegur MB Kedah?
Artikel Berkaitan: ‘Kena Cuit Sikit, Seminggu Koyak..’ – MB Kedah
Kalah tak apa jangan koyak
Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menyatakan pasukan Kedah telah memberikan komitmen yang terbaik dalam perlawanan semalam. Malah, beliau turut menghargai setiap pemain yang telah beraksi dengan sebaik mungkin.
Di Facebook, Sanusi telah memuat naik video perlawanan semalam. Kapsyen yang ditulisnya itu didakwa mempersoalkan keputusan penuh perlawanan tersebut. Sanusi dikatakan tidak berpuas hati berhubung off-side dan penalti daripada pihak lawan.
Tahniah JDT yang menang menentang KDAFC. Tahniah juga pemain dan penyokong KDAFC yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah tak apa jangan koyak. Lepas off-side dan dapat penalti dalam bola sepak memang ada jual di kedai tepi jalan di Kelana Jaya.
Video
https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/videos/487046143405446/
Sumber: Muhammad Sanusi Md Nor