Pempengaruh dan usahawan, Faiz Aizif meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pemilik kedai makan mencampurkan sabun basuh tangan dengan air.

Artikel Berkaitan: Faiz Aizif Sumbang RM25,000 Kepada Tabung Gaza – ‘Tidak Kutip Duit Sesiapa, Hasil Berniaga’

Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Faiz Aizif Hadiahkan Sahabat Baik Kereta, Kenang Zaman Hidup Susah Bersama – ‘Dulu Saya Miskin, Kami Kongsi Duit Beli Nasi

Sabun campur air

Menerusi muat naik di Threads, Faiz menempelak pemilik kedai makan dengan menyatakan pembelian sabun basuh tangan itu bukanlah sesuatu yang merugikan kedai mereka.

Meniaga tiada untung sangat ke sampai sabun basuh tangan dicampur dengan air? Sampai ia jadi ceroi.

Kalau picit memang keluar air saja. Keuntungan dapat beribu-ribu tapi berkira sangat ke nak beli sebotol sabun basuh tangan?

Harga untuk sebotol tidak mahal, kalau letak seminggu dekat singki memang tidak akan habis.

Dalam pada itu, Faiz turut meluahkan rasa hairan apabila pemilik kedai makan bertindak mencampurkan sabun basuh tangan dengan air.

Katanya, pemilik kedai makan sepatutnya tidak perlu berkira soal sabun basuh tangan kepada pelanggan.

Yang peliknya, kenapa kena campur dengan air? Sebab nak berjimat ke? Kenapa berkira sangat ke nak bagi orang cuci tangan?

Setakat sabun untuk basuh tangan, itu pun nak berkira? Kalau tidak mampu sangat, DM saya, saya belikan satu karton.

Sumber: Threads