Isu curang dalam kalangan selebriti sekali lagi menjadi perbualan netizen. Di media sosial, didakwa netizen mula berkongsikan video kompilasi ‘lelaki curang’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip pendakwah Da’ Farhan.
Artikel berkaitan: ‘Saya Terima Lamaran Ustaz Dulu Kerana Ilmu Agama’ – Dr Erin Umum Sudah Cerai
Artikel berkaitan: ‘Saya Sendiri Yang Serah Suami Kepada Bekas Isteri’ – Dr Erin
Sehubungan itu, bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin menerusi entri posting di laman Instagramnya, menegur netizen yang disifatkannya hanya bergurau dengan membuat kompilasi video ‘lelaki curang’.
Tak sampai hati tengok
Satu entri berkaitan kompilasi-kompilasi ‘lelaki curang’ yang tersebar di media sosial telahpun dimuat naik oleh bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin. Ekoran itu, Dr Erin tampil menegur tindakan pengguna media sosial yang berbuat demikian dan menjelaskan mengenai Da’i Farhan.
Bukan nak back-up sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok. Baik buruk semua campur hentam semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu p letak muka Ustaz Farhan. Dia tak curang pun… Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung. Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai p lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki.
Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah, selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia pada pihak sana dan anak-anak dia. Please la dia masih ada mak ayah, keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan pandai guna media sosial suatu hari nanti. Apa perasaan anak-anak saya tu walaupun anak-anak tu anak tiri saya.
Dikecam macam penjenayah…
Sementara itu, Dr Erin terkilan dengan sikap segelintir pengguna sosial media yang bertindak menyunting video sebegitu tanpa memikirkan terlebih dahulu kesannya kelak. Tambah Dr Erin lagi, setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza tanpa mengira paras rupa atau kedudukan. Selain itu, dia turut mempersoalkan kepada netizen dengan menjadikan situasi lelaki berpoligami dan berlaku curang.
Sedih la dok terfikir macam mana esok ni orang dok buat lawak wei Walid hang tu lelaki curang eh. Allah nauzubillah min zalik. Kalau lelaki nikah 2, 3, 4 tu curang kenapa tak diletakkan sekali pictures public figure alim ulama, menteri-menteri, artis-artis yang ramai bini tu? If lelaki kawin 2, 3, 4 tu layak dilayan macam penjenayah sampai nak kena buang kerja atau hilang kerjaya dan pendapatan, dihina sampai macam ni sekali, nanti tak dapat bagi nafkah hampa kata la pula tak bagi nafkah. Jadi anak-anak keturunan yang lahir dari isteri 2, 3, 4 tu macam mana pula?
Adakah mereka juga harus dikecam sebab lahir dari benih lelaki curang dan perampas? Media gosip ni buat rosak habis generasi muda, semua jadi makcik bawang main-main dengan hukum Allah. Menghukum orang, hina orang, malukan orang tanpa belas kasihan. Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula kat yang setia tu.
Sebab Allah dah kata janganlah kamu kata beriman (baik) sedangkan kamu belum diuji. Buruk ke hensem ke kalau dah memang ujian dia macam tu kat ni kena la doakan yang baik-baik, moga dimudahkan segala urusan rumahtangga orang tu. Bukan jadi penambah rasa, yang dok mengata tu pun tak sedar diri juga dia pun lahir dari lelaki curang dan perampas juga sorang anak bini nomber 4 seorang anak bini nomber 2. Ingat tu!!!
Sumber: Dr Erin