Selebriti versatil Roslan Shah mengakui terkejut dengan isu membabitkan rumah tangga pelakon Diana Danielle bersama suaminya, Farid Kamil, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingin Selamatkan Keluarga. Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia..’ – Farid Kamil
‘Farid dan Diana nampak baik-baik sahaja’
Menerusi perkongsian di IG Story, Roslan memberitahu bahawa pasangan merpati dua sejoli ini dilihat bahagia selain tidak menunjukkan sebarang tanda hubungan mereka sedang dalam masalah ketika bersama-sama menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu.
Sementara memetik laporan Kosmo, Diana dan Farid dikatakan mesra sambil bergurau senda dengan anak-anak semasa mengerjakan umrah.
Semasa sama-sama mengerjakan umrah pada Februari lalu, Farid dan Diana nampak baik-baik sahaja. Malah mereka saling bergurau senda dengan anak-anak. Mereka nampak sangat gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci (Mekah).
Dalam kesempatan itu, Roslan mendoakan dan berharap agar kemelut rumah tangga Diana dan Farid dapat diselesaikan dengan baik.
Terdahulu, Diana telah menfailkan perceraian pada awal bulan ini ke atas suaminya, Farid atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) antara mereka. Namun, Farid enggan melafazkan talak kerana masih menyayangi Diana dan anak-anak. Susulan daripada itu, pasangan ini diperintahkan untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sumber: Roslan Shah, Kosmo