Pelakon Farid Kamil mendakwa punca keruntuhan rumah tangga dengan isteri tercinta, Diana Danielle berpunca daripada pihak ketiga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bunga Ini Untuk Diana, Tanda Pendamaian Pertama’ – Farid Kamil & Diana Hadir Pelantikan JKP
Hak sebagai seorang suami
Ketika ditemui OhBulan!, Farid, 42, mendakwa dia sudah menyedari gangguan orang ketiga sejak tahun lalu.
Tegas Farid, dia ingin menegakkan hak sebagai seorang suami.
Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Jadi saya sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.
Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara tersebut, perpisahan yang diminta.
Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah terkantoi baru-baru ini.
Farid dan Diana hadir ke mahkamah pagi tadi bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari tetap dengan pendirian untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Kata Farid lagi, dia sudah 23 hari tidak berjumpa dengan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.
Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar.
Serah pada pihak mahkamah
Dalam pada itu, ditanya sama ada mahu memfailkan nusyuz terhadap Diana, Farid berkata dia menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.
Mahkamah akan putuskan hal tersebut. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri.
Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.
Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.
Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pelakon, Farid Kamil, 42, mendakwa punca keretakan rumah tangganya bersama isterinya, Diana Danielle, 32, berpunca daripada kehadiran orang ketiga.
Farid yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi, berkata sudah maklum mengenai perkara itu sejak tahun lalu.
Video
@ohbulanofficial Replying to @hantukaladi Ada pihak ketiga?!?! ??#ohbulan #news #faridkamil #dianadianelle