Pelakon popular Farid Kamil dilihat membawa jambangan bunga untuk isterinya, Diana Danielle ketika menghadiri ke sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Selasa.
Artikel Berkaitan: ‘Doakan Mereka Dapat Mencapai Kata Putus Terbaik’ – Fadzil Zahari
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rindunya Pada Mereka Ya Allah’ – Farid Kamil
Menghadiri pelantikan JKP
Pelakon berusia 42 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dengan menaiki kereta Vellfire putih dan tiba kira-kira jam 9 pagi dengan membawa jambangan bunga buat isteri tercinta dengan penuh senyuman.
Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama.
Dalam pada itu, Diana dilihat tiba di perkarangan mahkamah bersama pengawal peribadi lebih awal pada 8.55 pagi dengan memakai baju hitam.
Pasangan ini hadir ke mahkamah bagi memaklumkan pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka selepas pelakon lelaki tersebut enggan melepaskan cerai terhadap isterinya.
Susulan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani sesi JKP.
Terdahulu, pada 10 Mac lalu aktres wanita tersebut telah memfaikan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson itu menyatakan bahawa telah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan, tiada persefahaman dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
@ohbulanofficial Pengarah dan pelakon Farid Kamil tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada pukul 8.55 pagi bagi pelantikan Jawatankuasa Pendamai yang mewakilinya untuk menyelesaikan konflik rumah tangga dengan aktres Diana Danielle. #ohbulan #news #faridkamil