berita

Farid Kamil Kena Penjara 9 Bulan, Dibawa Ke Penjara Kajang Hari Ini

May 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tahun lepas kecoh di mana pelakon Datuk Farid Kamil telah ditahan pihak polis apabila didakwa menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Susulan kejadian itu, dia telah menjalani ujian air kencing dan keputusan awal mendapati dia positif dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Penjara 9 bulan

Disabit kesalahan positif dadah, dia dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Dia memilih untuk berdiam diri di hari sebutan kes di mana dia sepatutnya tampil untuk membela diri.

Selain itu, Nor Ariffin turut memerintahkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi pengawasan sepenuhnya ke atas Farid Kamil selama dua tahun.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah

Tak boleh tangguh hukuman

Pihak mahkamah juga tidak membenarkan pemohonan pihak pembela untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara ini.

Berdasarkan kes ini, dia akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara ke atasnya bermula pada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.