Sebelum ini, pelakon Farid Kamil ada berkongsi momen dia meraikan Aidilifitri bersama anak lelakinya, Muhammad, 10, di kampung halaman di Alor Setar, Kedah.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Doa Dapat Beraya Satu Keluarga, Nak Bergambar Di Pagi Syawal
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Dakwa Diana Danielle Sengaja Tak Bagi Jumpa Anak
Malah, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari dilihat memuat naik foto menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Muhammad di Instagram Stories (IG Story) miliknya dengan mengenakan baju Melayu lengkap berwarna putih, pada pagi 1 Syawal lalu.
Bagaimanapun, kelibat isteri, Diana Danielle, 32, dan anak perempuannya, Aurora, 8, tidak kelihatan ketika itu.
Mandi waterpark
Terbaharu, menerusi hantaran di entri sama, aktor itu sempat meluangkan masa bersama dua anaknya selepas dilihat mereka pergi ke sebuah taman tema air terkemuka di sekitar ibu kota.
Pelakon filem Anwar itu dilihat begitu ceria menikmati momen indah bersama anak-anaknya. Malah, Muhammad dan Aurora kelihatan sungguh gembira dapat bermandi manda bersama ayah tercinta mereka.
Bertambah lucu lagi apabila ada momen Farid bersama anaknya sedang menari di dalam air.
Terdahulu, Farid didakwa tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Aurora selepas anaknya itu dikatakan mengalami trauma.
Farid kini berdepan kemelut rumah tangga bersama Diana apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Pasangan terbabit dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam untuk berdamai ketika sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.
Farid dan Diana bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding 11 April lalu.
Sumber: Instagram