Pelakon dan pengarah, Farid Kamil, 42, mendedahkan dirinya masih lagi belum diberikan kesempatan untuk bertemu dengan anak perempuannya, Nur Aurora, 8, sehingga kini.
Artikel berkaitan: Dakwa Wujud Pihak Ketiga, Farid Kamil Mohon Maaf Kepada Diana & Ibu Mentua
Artikel berkaitan: ‘Bertaubatlah Sebelum Terlambat’ – Farid Kamil Risau Diana Danielle Akan Dilaknat
Artikel berkaitan: Diana Danielle Halau Ibu Kandung Keluar Rumah, Farid Kamil Sudah Lama Tak Berjumpa
Sengaja tak bagi jumpa anak?
Ketika ditemui Oh Bulan! Farid yang gagal menahan air mata ketika itu menjelaskan dirinya telah beberapa kali cuba menghubungi isterinya yang juga seorang pelakon, Diana Danielle, 32, namun panggilannya tidak dijawab.
Malah jelas aktor itu, isterinya seakan sengaja berbuat demikian agar dia berasa sedih dan kecewa.
Saya masih lagi tidak dapat berhubung dengan Aurora. Saya cuba telefon Diana, pengurus dan kawan-kawannya tapi semuanya tidak berangkat.
Saya faham perkara tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa sedih dan kecewa di hati saya.
Sudah hampir sebulan saya tidak dapat menghubunginya. Panggilan saya disekat dan saya hanya berjumpa Diana ketika di mahkamah sahaja.
Farid meluahkan perkara itu sejurus dia selesai menjalani prosiding sulh pertama di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon filem Anwar The Untold Story itu turut mendedahkan dirinya ada mencuba untuk mencari Diana dan anak-anak ketika hari cutinya.
Rumah kelamin kami pun ditinggalkan begitu sahaja dan saya tak tahu dia berada di mana. Sehingga sekarang, jika saya tiada penggambaran, saya akan sedaya upaya mencari mereka.
Kadang kala, saya ada menerima maklumat daripada orang ramai tentang lokasi Diana tapi tetap sukar untuk kami berjumpa.
Sebelum ini, Diana mendakwa Aurora mengalami trauma untuk bertemu dengan Farid selepas dikatakan telah didenda secara keterlaluan disebabkan kejadian memetik cili di rumah jiran.
Susulan itu, Farid menyifatkan tindakkannya berbuat demikian sebagai salah satu cara mendidik anaknya untuk tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Terdahulu, Diana tidak dapat menghadirkan diri ke prosiding sulh pertama sehingga mahkamah memutuskan 25 Mei depan sebagai tarikh baharu untuk pasangan itu menjalani prosiding sulh kali kedua.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.