Umum mengetahui, gelaran ‘Dato’ bagi kedua-dua pelakon tempatan ini iaitu Farid Kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.
Artikel berkaitan: Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik
Terbaru, Farid Kamil, memuat naik satu posting di Instagram di mana dia meluahkan rasa hormat dan menerima keputusan dari pihak Istana Pahang.
Saya berbesar hati
Assalamualaikum w.b.t. Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu. Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya. Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga. Salam Hormat, Farid Kamil Zahari.
Menurut Farid, dia berasa bangga dan berbesar hati kerana Istana Pahang telah menganugerahkannya gelaran ‘Dato’ pada tahun 2017. Tambahnya lagi, dia turut berasa hormat dan menerima keputusan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya itu ditarik balik.
Belum terima sebarang surat
Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran. Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana. Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini.
Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka. Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan.
Menerusi laporan Kosmo, Boy Iman memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas. Dakwanya, penarikan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.
Tambahnya, dia tidak akan teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar mengapa darjah kebesaran yang diberikan kepadanya ditarik balik.
Sumber: Farid Kamil & Kosmo