berita

Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik

February 10th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Gelaran Datuk bagi kedua-dua pelakon tempatan ini iaitu Farid Kamil dan Boy Iman dibatalkan oleh Sultan Pahang yang berkuatkuasa pada 1 February 2021.

Artikel berkaitan: Padah Guna Kekerasan Terhadap Polis, Farid Kamil Dihukum Penjara 13 Bulan

Artikel berkaitan: ‘Saya Bersyukur Kepada Allah’ – Farid Kamil Akui Dipenjara Merupakan Pengalaman Yang Sukar Digambarkan

Gelaran Datuk ditarik balik dan dibatalkan

Foto:Bernama

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menyatakan bahawa tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa pada 1 Februari yang lepas. Beliau turut menyatakan bahawa penarikan gelaran itu adalah bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta. Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

Selain itu, tiga lagi individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk ialah Wong Shee Kai @ Ricky dan Tran Thi Mai @ Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu, manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.

Tempoh memegang gelaran Datuk

Farid Kamil bin Zahari mendapat gelaran Datuk pada tahun 2017. Farid Kamil bergelar Datuk selepas dikalungkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Pekan. Beliau memegang gelaran Datuk dari 2017 hingga 1 februrari 2021.

Selain itu, Boy Iman yang pernah dikecam, dipersenda dan dipertikai gelaran Datuk juga ditarik gelarannya. Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman A Rahman menerima penganugerahan di Istana Pahang, Kuala Lumpur sekali gus melayakkan dirinya mendapat gelaran Datuk. Majlis penganugerahan diadakan pada 24 Mei 2017.

Kedua-dua pelakon ini ditarik gelaran Datuk kerana kedua-dua pelakon tersebut dipercayai mempunyai kes mahkamah.

SKIP THIS AD ×