berita

Farid Kamil Tidak Dibenarkan Masuk Rumah & Bertemu Anak – Peguam Syarie

March 21st, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil tidak dibenarkan bertemu dengan anak dan dihalang memasuki rumahnya sejak awal Mac lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingin Selamatkan Keluarga. Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia..’ – Farid Kamil

Artikel Berkaitan:Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu

Menurut peguam

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon Diana Danielle bagi permohonan tuntutan cerai. Bagaimanapun, tidak mendedahkan punca sebenar tindakan tersebut dilakukan.

Tambah Akberdin lagi, mahkamah mengarahkan pihaknya untuk melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Melalui JKP, wakil dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian, sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah.

Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, hal berkenaan dimaklumkan pada prosiding permohonan cerai yang difailkan oleh aktres Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, semalam.

Sementara itu, Hakim menetapkan 28 Mac ini bagi membolehkan Farid memaklumkan kepada mahkamah siapakah wakil bagi pihaknya untuk JKP tersebut.

Terdahulu, aktor berusia 41 tahun ini mendakwa tidak dapat memasuki rumah yang didiaminya bersama Diana, bahkan tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×