![]()
Sejak dari semalam lagi peminat-peminat Farid Kamil di Instagram telah dikejutkan dengan beberapa keping foto pelakon dan pengarah berwibawa ini yang kelihatan segak memakai pakaian seragam polis.
Ramai di antara mereka yang berteka-teki sama ada Farid telah menyertai pasukan polis dan meninggalkan dunia seni secara langsung.
Untuk pengetahuan anda, Farid pernah menyertai polis sukarela sejak setahun lalu kerana ingin mengenali dan mengambil tahu mengenai pasukan polis dengan lebih dekat.
Namun untuk tahun ini, Farid sekali lagi aktif menyertai pegawai-pegawai polis yang lain dalam sebuah program diberi nama High Profile Policing (HPP).
Selain daripada di Alor Setar, Farid juga pernah menyertai program HPP di Langkawi dan sempadan Malaysia-Thailand sebelum ini.
Melalui foto-foto yang dikongsikan, Farid dilihat aktif melawat Pasar Tani dan balai polis di kawasan Langgar, Kedah bagi mengukuhkan lagu hubungan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat.
![]()
Apapun, pendekatan PDRM dengan membawa Farid ke lokasi lawatan HPP nampaknya memang berkesan kerana masyarakat memberi sambutan yang sangat baik dan meriah terhadap program itu.
Bagi yang belum puas melihat Farid Kamil memakai pakaian seragam polis, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping lagi untuk tatapan anda.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)